Wednesday, July 16, 2008

kassim ahmad : mencari jalan pulang



Dulu satu waktu, aku ada terbaca cerita pasal kassim ahmad ni. masa tu baca sekadar kenal dia sebagai org yg dicop sbg anti hadis sbb buku dia 'Hadis- suatu penilaian semua' yg kontroversi. tapi aku pun tak pernah membaca buku tu. kiranya aku sekadar mendengar nama dia pada waktu tu. mungkin pernah kot baca 2, 3 tulisan dia kat akhbar, kalau tak silap aku la. bila aku baca buku ni, rupanya dia seorg pemimpin parti politik parti sosialis rakyat malaysia. mungkin masa dia tu, pemikiran aku belum terbuka untuk tahu hal2 ehwal kat malaysia.
Satu reason aku suka baca buku pasal biography, autobiography, memoir dan sebagainya adalah sbb aku nak tahu pemikiran org lain pasal hidup. nak tahu macamana org tu berfikir, apa yg buat dia berfikir sebegitu rupa. so bila aku habis baca buku ni, satu soalan dalam kepala aku adalah, benarkah dia sudah menemui jalan pulang nya? aku suka dgn pemikiran asas dia sebagai org yg mahu berbakti kepada bangsa dan mahu melihat kemajuan dari segi agama cuma aku agak kurg bersetuju dgn asas pegangan dia yg terlalu open-minded.
Layak ke aku nak bercakap macam tu ek? bukan , cuma pendapat dari sudut pandangan dan emosi aku hehehhe...
Apa pun, enjoy gak baca buku ni terutama pasal kisah hidup kassim ahmad di sekitar bandar baharu dan parit buntar sbb kebetulan skrg aku duk kat sini. aku kagum dgn semangat enquiry dia yg tinggi untuk tahu pasal banayk mende terutama mengkaji banyak tafsir Quran dan hadis.
Apapun, dia tetap seorg ilmuwan di kalangan org2 melayu di malaysia. sesat atau tidak, aku pun tak leh nak komen sbb ilmu aku pun seciput je.