Thursday, February 18, 2010

hamka pujangga islam

aku ingat buku ni dah hilang dari simpanan. balik cuti hari tu terjumpa balik. antara buku yg aku rasa sangat hargai sbb cerita pasal Hamka, seorg pemikir dari indonesia. emosi bila membaca buku ni tetap sama macam aku baca 4 thn yg lepas. ada sorg member mintak sebagai pertukaran dgn buku Hamka: Panduan Hidup tapi sampai skrg aku takmoh bg kat dia hehe.

intro

salam.. blog about book review done by me.. useng

Monday, December 21, 2009

umno akhir sebuah impian

..lama aku tak membuat review buku. last month aku g memborong 7 buku kat popular. best giler rasa! rasa nak borong stau popular tu pun ada. so sambil2 aku membuang masa kat tmn ilmu ni aku berjaya habiskan 3 buku. best nyer!
hari ni sambil2 tggu printer siap, aku abiskan baca buku autobiografi tok mat. best baca buku ni. even cam rasa tok mat ni puji diri sendiri tapi kagum gak aku ngan usaha2 dia dalam umno. ialah apa guna tulis buku tapi kita tak mempertahan diri kita sendiri. itu guna tulis buku sendiri.
byk info2 baru yg aku tahu dari pandangan mata tokmat sebagai org yg lama dalam umno. dan aku rasa buku ni sesuai untuk dibaca oleh PEMIMPIN2 MUDA dlm umno supaya diorg sedar diri or diorg tahu apa makna "KITA PERLU BERUBAH" yg selalu di ucap oleh najib skrg. aku setuju dgn tokmat bila dia kata, setakat cakap perlu berubah tapi apa yg perlu diubah? sbb kadang aku pun selalu tertanya2, org dlm umno tu faham x n tau x apa yg najib suh berubah.apa yg perlu berubah? camana nak berubah?
cuma aku rasa buku ni terlalu simple. kalau boleh tulis lagi byk2 mende yg kita tak tau or yg kita sendiri byk buat spekulasi. kan elok kalau ada org yg bg peluang kat kita cuba faham satu2 isu tu dari pandangan mata diorg. apapun, enjoy this book.

Sunday, April 26, 2009

Movie: Secret


smlm aku layan citer ni 'Secret', citer cina dgn lakonan Jay Cou. Best gak citer ni sbb sinematografi citer cantik and ada background musical. Jay Cou dgn ala2 cool and sempoi sambil main piano. and satu lagi, sbb jln cerita yg mmg 'secret'. Ni cerita cinta antara 2 alam.

Kisah seorg budak perempuan yg jumpa satu notes musik tajuk 'Secret' dan bila dia main lagu tu dgn piano kayu ni, dia telah pergi 20 thn yg akan dtg. And dia berjumpa dan bercinta dgn seorg lelaki ni. Dia cerita hal tu dgn mak dan cikgu dia tapi org anggap dia gila. Akhirnya dia mati bawa cinta dia tu tanpa dia ucapkan rahsia yg dia cintakan lelaki tu.

20 thn kemudian, Jay Cou ni dtg kat sekolah tu dan hari pertama berjumpa dgn seorg budak perempuan ni. Yg misteri nya perempuan ni kadang ada kadang takde. Hingga jadi peristiwa yg buat dia sedar rupanya dia bercinta dgn budak perempuan yg dah mati 20 thn yg lepas.

Adakah cinta mereka bersatu? huhuhu..

Bila lepas tgk citer ni, rasa sedih semacam jek. aku ni sensitif betul bab2 cinta sejati ni. maybe sbb aku rasa indahnya hidup kalau memiliki cinta camtu. harap2 cinta aku pada si dia pun akan jadi camtu (ooo i miss u!)

Sunday, August 3, 2008

Ayat ayat cinta

2 hari ni aku menghabiskan masa untuk tak memikirkan pasal master. smlm belajar strumming gitar dari satu website yg aku jumpa. hahaha akhirnya aku berjaya jugak strumming gitar even taklah jadi sgt. tapi .. sampai gak ilmu yg aku cari tu walau masih tak sempurna..

hari ni melepak2. and malam, aku terpandang novel ayat2 cinta yg aku donlod last 3 months. so dari pukul 8.30pm samapai 12.45am aku berjaya baca novel ni sampai abis. novel tulisan penulis indonesia, habiburrahman el shirazy, mmg penuh dengan islam nya. kisah cinta pemuda fahri yg belajar di al azhar dan dalam diam2 dicintai beberapa wanita. fahri dari keluarga yg miskin tapi kaya dgn akhlaknya. akhirnya cintanya milik aishah, seorg gadis turki yg kaya. maria, anak jirannya yg beragama kristian dan rapat dgnya jatuh sakit sehingga koma setelah mendapat tahu fahri bernikah. nurul, ketua pelajar wanita yg melahirkan perasaan beberapa jam sblm pernikahan nya dan kemudian menawarkan diri menjadi isteri kedua. dan noura, seorg gadis yg didera keluarga dan diselamatkan fahri, mengharap fahri melindunginya sehingga sanggup memfitnahnya dan hampir mengheret fahri ke tali gantung.

novel ni jugak difilemkan dan lagunya dinyanyikan rossa - ayat2 cinta. kebanyakan yg mengikuti citer ni, lagi suka versi novel dari filem. tapi yg filem tu, diorg kata best sbb pelakon2 nyer cantik2 belaka hehehe...



dan adik2 kat mekanik tu kata, lepas baca rasa cam nak kawin je..

Wednesday, July 16, 2008

kassim ahmad : mencari jalan pulang



Dulu satu waktu, aku ada terbaca cerita pasal kassim ahmad ni. masa tu baca sekadar kenal dia sebagai org yg dicop sbg anti hadis sbb buku dia 'Hadis- suatu penilaian semua' yg kontroversi. tapi aku pun tak pernah membaca buku tu. kiranya aku sekadar mendengar nama dia pada waktu tu. mungkin pernah kot baca 2, 3 tulisan dia kat akhbar, kalau tak silap aku la. bila aku baca buku ni, rupanya dia seorg pemimpin parti politik parti sosialis rakyat malaysia. mungkin masa dia tu, pemikiran aku belum terbuka untuk tahu hal2 ehwal kat malaysia.
Satu reason aku suka baca buku pasal biography, autobiography, memoir dan sebagainya adalah sbb aku nak tahu pemikiran org lain pasal hidup. nak tahu macamana org tu berfikir, apa yg buat dia berfikir sebegitu rupa. so bila aku habis baca buku ni, satu soalan dalam kepala aku adalah, benarkah dia sudah menemui jalan pulang nya? aku suka dgn pemikiran asas dia sebagai org yg mahu berbakti kepada bangsa dan mahu melihat kemajuan dari segi agama cuma aku agak kurg bersetuju dgn asas pegangan dia yg terlalu open-minded.
Layak ke aku nak bercakap macam tu ek? bukan , cuma pendapat dari sudut pandangan dan emosi aku hehehhe...
Apa pun, enjoy gak baca buku ni terutama pasal kisah hidup kassim ahmad di sekitar bandar baharu dan parit buntar sbb kebetulan skrg aku duk kat sini. aku kagum dgn semangat enquiry dia yg tinggi untuk tahu pasal banayk mende terutama mengkaji banyak tafsir Quran dan hadis.
Apapun, dia tetap seorg ilmuwan di kalangan org2 melayu di malaysia. sesat atau tidak, aku pun tak leh nak komen sbb ilmu aku pun seciput je.

Saturday, June 28, 2008

A moment to remember


meh kita bercerita pasal movie. last week aku tgk citer ni, korean movie. 'A moment to remember'. citer pasal cinta , lelaki yg biasa dgn perempuan anak org kaya. tapi bukan perbezaan tu yg jadikan cinta diorg ada dugaan tapi sbb perempuan tu sakit hilang ingatan. sbb bila sampai waktunya, dia takkan ingat apa2 kenangan dalam hidup dia hatta diri sendiri. dan paling sadis, yg akan dia lupa dulu adalah kenangan yg kemudian iaitu kehidupan dan cinta diorg bersama. diorg berjumpa sbb perempuan ni dah start hilang ingatan masa tu. cinta lelaki ni buat dia takkan tinggalkan perempuan ni tapi cinta perempuan ni menyebabkan dia terpaksa tinggalkan lelaki ni. suami tu akan tetap jaga isteri dia walau apa pun terjadi, tapi isteri tu tak sanggup tinggalkan suami dia dalam keadaan dia hilang dan lupa segala2 nya tentang suami dia.

kata isteri dia, ' i met u because i forgetful, and i leaving u because i forgetful'.