Sunday, August 3, 2008

Ayat ayat cinta

2 hari ni aku menghabiskan masa untuk tak memikirkan pasal master. smlm belajar strumming gitar dari satu website yg aku jumpa. hahaha akhirnya aku berjaya jugak strumming gitar even taklah jadi sgt. tapi .. sampai gak ilmu yg aku cari tu walau masih tak sempurna..

hari ni melepak2. and malam, aku terpandang novel ayat2 cinta yg aku donlod last 3 months. so dari pukul 8.30pm samapai 12.45am aku berjaya baca novel ni sampai abis. novel tulisan penulis indonesia, habiburrahman el shirazy, mmg penuh dengan islam nya. kisah cinta pemuda fahri yg belajar di al azhar dan dalam diam2 dicintai beberapa wanita. fahri dari keluarga yg miskin tapi kaya dgn akhlaknya. akhirnya cintanya milik aishah, seorg gadis turki yg kaya. maria, anak jirannya yg beragama kristian dan rapat dgnya jatuh sakit sehingga koma setelah mendapat tahu fahri bernikah. nurul, ketua pelajar wanita yg melahirkan perasaan beberapa jam sblm pernikahan nya dan kemudian menawarkan diri menjadi isteri kedua. dan noura, seorg gadis yg didera keluarga dan diselamatkan fahri, mengharap fahri melindunginya sehingga sanggup memfitnahnya dan hampir mengheret fahri ke tali gantung.

novel ni jugak difilemkan dan lagunya dinyanyikan rossa - ayat2 cinta. kebanyakan yg mengikuti citer ni, lagi suka versi novel dari filem. tapi yg filem tu, diorg kata best sbb pelakon2 nyer cantik2 belaka hehehe...



dan adik2 kat mekanik tu kata, lepas baca rasa cam nak kawin je..

Wednesday, July 16, 2008

kassim ahmad : mencari jalan pulang



Dulu satu waktu, aku ada terbaca cerita pasal kassim ahmad ni. masa tu baca sekadar kenal dia sebagai org yg dicop sbg anti hadis sbb buku dia 'Hadis- suatu penilaian semua' yg kontroversi. tapi aku pun tak pernah membaca buku tu. kiranya aku sekadar mendengar nama dia pada waktu tu. mungkin pernah kot baca 2, 3 tulisan dia kat akhbar, kalau tak silap aku la. bila aku baca buku ni, rupanya dia seorg pemimpin parti politik parti sosialis rakyat malaysia. mungkin masa dia tu, pemikiran aku belum terbuka untuk tahu hal2 ehwal kat malaysia.
Satu reason aku suka baca buku pasal biography, autobiography, memoir dan sebagainya adalah sbb aku nak tahu pemikiran org lain pasal hidup. nak tahu macamana org tu berfikir, apa yg buat dia berfikir sebegitu rupa. so bila aku habis baca buku ni, satu soalan dalam kepala aku adalah, benarkah dia sudah menemui jalan pulang nya? aku suka dgn pemikiran asas dia sebagai org yg mahu berbakti kepada bangsa dan mahu melihat kemajuan dari segi agama cuma aku agak kurg bersetuju dgn asas pegangan dia yg terlalu open-minded.
Layak ke aku nak bercakap macam tu ek? bukan , cuma pendapat dari sudut pandangan dan emosi aku hehehhe...
Apa pun, enjoy gak baca buku ni terutama pasal kisah hidup kassim ahmad di sekitar bandar baharu dan parit buntar sbb kebetulan skrg aku duk kat sini. aku kagum dgn semangat enquiry dia yg tinggi untuk tahu pasal banayk mende terutama mengkaji banyak tafsir Quran dan hadis.
Apapun, dia tetap seorg ilmuwan di kalangan org2 melayu di malaysia. sesat atau tidak, aku pun tak leh nak komen sbb ilmu aku pun seciput je.

Saturday, June 28, 2008

A moment to remember


meh kita bercerita pasal movie. last week aku tgk citer ni, korean movie. 'A moment to remember'. citer pasal cinta , lelaki yg biasa dgn perempuan anak org kaya. tapi bukan perbezaan tu yg jadikan cinta diorg ada dugaan tapi sbb perempuan tu sakit hilang ingatan. sbb bila sampai waktunya, dia takkan ingat apa2 kenangan dalam hidup dia hatta diri sendiri. dan paling sadis, yg akan dia lupa dulu adalah kenangan yg kemudian iaitu kehidupan dan cinta diorg bersama. diorg berjumpa sbb perempuan ni dah start hilang ingatan masa tu. cinta lelaki ni buat dia takkan tinggalkan perempuan ni tapi cinta perempuan ni menyebabkan dia terpaksa tinggalkan lelaki ni. suami tu akan tetap jaga isteri dia walau apa pun terjadi, tapi isteri tu tak sanggup tinggalkan suami dia dalam keadaan dia hilang dan lupa segala2 nya tentang suami dia.

kata isteri dia, ' i met u because i forgetful, and i leaving u because i forgetful'.